Orang Aceh di Mata Mazidul Akmal Sidik

 


Mazidul Akmal Sidik



Orang Aceh di mata Mazidul Akmal Sidik, lihat apa komentar  "Bersama Mazidul Akmal" seorang wartawan popular TV3.


"Aceh: Diberi Betis Hendak Paha"


"Apa hal ambil gambar ni?”


Sergah lelaki Aceh berdiri di hadapan kedai menjual jamu berhampiran Lorong Hj Hussein 3, Pasar Chow Kit Road, Kuala Lumpur.


Sebenarnya saya merakamkan gambar adik lelaki berkebetulan melintas di hadapan premis sama, bukan gambar kedai mereka. Panas telinga, pantas saya kembali menemui lelaki terbabit, namun dia melarikan diri ke belakang kedai.


“Ini negara saya, apa salahnya saya ambil gambar? Bukan Aceh kan?,” soal saya kepada beberapa rakan lelaki terbabit.


“Tak, pak cik, kawan saya tak cakap apa pun,” balasnya.


“Kamu ingat saya pekak?,” tanya saya.


Kepada sebilangan warga Aceh berniaga di Chow Kit, usah terlalu besar kepala, ini bukan Provinsi Daerah Istimewa Aceh. Dilihat dengan menggunakan mata kasar, tidak dapat dipastikan samada mereka memiliki dokumen perjalanan sah atau sebaliknya. Pokoknya mereka ramai dan memonopoli perniagaan menjual buah-buahan di kawasan itu sehingga meminggirkan peniaga warga tempatan.


Jika disingkap sejarah, kerajaan Malaysia suatu ketika dahulu mula menerima kedatangan warga Aceh kerana pada waktu itu mereka terbabit dalam perbalahan dan peperangan sesama kaum. Sebahagian besar melarikan diri ke negara ini bertujuan mendapatkan perlindungan, Malaysia bersikap ‘tutup mata’ kerana mereka beragama Islam. Itu antara sebab mengapa mereka kelihatan ‘kebal’, jarang diberkas pihak berkuasa sebelum ini. Ketika negara mereka dilanda Tsunami pada tahun 2004, bilangan warga Aceh di negara ini semakin bertambah. Kini Aceh tidak lagi bergolak mahupun dilanda musibah, namun majoriti mereka enggan pulang sekaligus membina empayar di negara kita, itu hakikatnya.


Tadi, pada jam 4 petang saya singgah di kedai runcit milik warga Aceh di Seksyen 5, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor untuk membeli kacang hijau dibuat bubur.


“Siapa punya kedai ni?,” soal saya.


“Tengku ZM,” jawabnya (pekerja berbaju oren).


Untuk rekod, ZM, kini warganegara Malaysia berasal dari Aceh, pemilik rangkaian kedai runcit.


“Kamu pakai dokumen apa bekerja di sini?,” desak saya.


“Bos cakap dia mahu buat permit, dah 2 bulan tak buat buat lagi,” jawabnya jujur.


Saya kemudian menghubungi kenalan, pegawai polis. Menurutnya, polis ketika ini hanya memberkas warga Aceh terbabit melakukan perlakuan jenayah sahaja.


“Ada 8 balai polis di Petaling Jaya tetapi lock up diwartakan hanya 4. Kalau kita tangkap pendatang tanpa izin (PATI) Aceh, kita buka kertas siasatan, reman 14 hari, lock up sesak, penuh. Jadi kalau kita terima maklumat mengenai PATI, kita salurkan ke Bilik Gerakan Jabatan Imigresen, biar dia orang tangkap,” jelasnya.


“Kalau orang awam buat report polis?,” soal saya, ingin tahu.


“Kita tangkap jugalah,” balasnya.


Jam 7 malam saya dihubungi ZM melalui telefon bimbit.


“Sebab apa guna orang Aceh tak ada permit di kedai?,” tanya saya.


“Dia orang mendatang, kita cuma bagi kerja,” jawabnya perlahan.


“Encik warganegara, orang kaya, bawa Mercedes, banyak kedai runcit, takkan biarkan pekerja tanpa permit. Orang Aceh di Malaysia, memang kebal ke? Polis dan Imigresen tak tangkap?,” balas saya.


“Tak adalah begitu,” jawabnya ringkas sebelum membisukan diri.


Bagi saya, sebilangan warga Aceh di Malaysia, bersifat sudah diberi betis, hendak paha, melampau.


Apapun sekiranya pembaca ingin membuat aduan berhubung PATI, sila hubungi Bilik Gerakan Jabatan Imigresen di Putrajaya di talian 03-8880 1556. (ib)


Berikut beberapa komentar pembaca  blog mazidulakmal.blogspot.com


Unknown Selasa, 29 Disember 2009 pada 1:54:00 PG SGT


salam mazidul,


acheh ini memang kurang ajar terutama klau tempat yg org dia ramai, contoh di Apt Seri Murni Selayang. Dah ler pengotor, hari tu saya masa nak masuk lift saya buang rokok yg baru dihisap dia selambe dek hisap kat dlm. Saya tengking & halau dia keluar. Dah keluar dia siap tenung saya dr luar lift. Kalau kita tak berkeras kena mkn dgn diaorg.


1 lagi isteri member yg meniaga kat pasar brg selayang kena ayat dgn acheh smapai nak bercerai-berai. kesnya aceh tu pegi minum masa beli brg pagi2 & sambil tu tunjuk duit berkepal2 dan bila bayar siap kata 'simpan baki'.


mohon kerajaan kaji semula dasar yg ada.


mat ayam




Gaya peneroka Selasa, 29 Disember 2009 pada 3:12:00 PG SGT


Lama dah cerita ni ..sepatutnya kerajaan bertindak....

Ini kan negara Malaysia...negara kita...

Undang-undang kita yang buat ...bukanya minta nasihat dari negara luar...

Malaysia hak kita...



Cetusan Selasa, 29 Disember 2009 pada 6:30:00 PG SGT


warga acheh boleh daftar SSM ker? atau guna ALI@ACHEH

tangkap denda kedua2ya majikan 500% pekerja 200%..Malaysia dapat belanja PATI,


kos menjaga PATI kerajaan tangung sampai bila,



Mohd Khalil Selasa, 29 Disember 2009 pada 6:53:00 PG SGT


Sabar Mazidul... nanti kita minta YB Bong Mokhtar Raden bawa perkara ni ke Parlimen.



Hanisham Ab HalimSelasa, 29 Disember 2009 pada 7:45:00 PG SGT


Sangat sedih dengan kelonggaran yang Malaysia bagi pendatang-pendatang ni. Acheh ni ade sikap buruk sebenarnyer. Kalao ade pesaing yang berniaga dalam kawasan yang sama memang dia akan musnahkan perniagaan org tu baik dengan cara baik atau halus. Selalunya dengan cara halus.



Encik Taufiq Selasa, 29 Disember 2009 pada 7:46:00 PG SGT


setuju dengan gayapeneroka...



Kakcik Seroja Selasa, 29 Disember 2009 pada 7:51:00 PG SGT


Sama juga di Pandan Indah. Banyak kedai runcit dikuasai oleh orang Acheh. Jangan sampai satu hari nanti, dapat paha dia hendak kepala pulak!



Suka Lihat dan Fikir Selasa, 29 Disember 2009 pada 8:24:00 PG SGT


Salam,

Hakikatnya memang ramai PATI yang awalnya bersikap baik, rendah tapi bila semakin lama tinggal Di Malaysia, mereka semakin besar kepala dan lupa diri, itu yang menyebabkan mereka berani melarikan anak dara orang, mencuri dan pelbagai lagi yang membuat kita rimas, bagi penguatkuasa dua perkara dalam benak saya iaitu malas nak buat kerja atau mereka dah kena bayar.Bukan menuduh tapi kenapa kadar jenayah masih tinggi? dan kebanyakan kes melibatkan PATI



abglong Selasa, 29 Disember 2009 pada 8:42:00 PG SGT


Saudara mazidul, ada tak no bilik gerakan imigresen di sabah?..di sini lagi ramai PATI..



V.I.C @ D.I.A.N.ASelasa, 29 Disember 2009 pada 8:44:00 PG SGT


Tu la masalahnya. Mula2 minta perlindungan. Kita tutup mata konon2 sebagai negara jiran.


Sekarang kaut keuntungan, kita tutup mata juga ke?


Sakit hati tengok orang Acheh mengaut keuntungan dan buat duit di negara kita, lepas tu jadi besar kepala. Kita plak seolah2 macam pendatang!



iCe Selasa, 29 Disember 2009 pada 8:48:00 PG SGT


salam... warga acheh ni boleh dikatakan berada di merata tempat di kl & selangor... sebilangan besar mereka ini tiada permit & ada yang telah tamat tempoh permit & pasport... pihak berkuasa lebih banyak menumpukan penangkapan keatas PATI disektor pembinaan sahaja... kalau bro ke selangor seperti di klang, bro akan dapat lihat kebanyakan kedai runcit 'melayu' dimiliki oleh warga acheh... apa yang menghairankan pihak berkuasa buat bodoh je dengan diorang ni walaupun banyak aduan dibuat seolah-olah mereka ni untouchables



Azizah Aling Selasa, 29 Disember 2009 pada 8:50:00 PG SGT


1. Memberi perlindungan kepada PATI juga satu kesalahan. Khas buat penguatkuasa: Jangan laksanakan undang-undang negara separuh separuh sahaja. Biar adil dan sama rata buat semua.


2. Orang Acheh sangat kental emosi. Kalau dilihat dari sudut sejarah, mereka boleh bangkit menentang Partai Nasionalis Indonesia dengan menubuhkan Gerakan Acheh Merdeka, dan persengketaannya berlarutan lama. Tapi Allah memberikan mereka pendidikan dalam bentuk yang istimewa apabila konflik berjaya dileraikan setelah tsunami melanda. Sayangnya, orang Acheh (segelintirnya) masih belum mahu belajar daripada sejarah. Masih mahu mendabik dada walau di mana kaki melangkah.



Fadzli Amir Selasa, 29 Disember 2009 pada 9:01:00 PG SGT


Tu lah selalunya yang terjadi...Bila kita berlembut diaorang bagai nak pijak kepala kita...apa sahaja undang-undang yang ada tu gunapakai la tuk membendung daripada kepala berlaku lagi segala bagai gejala yang macam-macam ada sekarang ni dek kerana kebanjiran mereka ni...."Mungkinkah" orang kita juga yang malas, sehinggakan segala peluang perniagaan terlepas ketangan diorang.....sehingga boleh membina empayar mereka sendiri di negara kita??....



YOPSAPU Selasa, 29 Disember 2009 pada 9:24:00 PG SGT


dari pengamatan yop yg dah lama memerhatikan kedai runcit aceh ni, persatuan mereka kuat. Mereka saling bekerjasama dan bantu membantu untuk menaikkan kedai runcit yg dijalankan oleh sahabat mereka. kalau mazidul nak tahu, byk benda yg telah mereka kuasai. dari membekal barangan runcit hinggalah menyelenggara peti sejuk di kedai2 runcit milik sahabat mereka. perasan tak kalau ayam di kedai aceh(di puncak alam ni lah, tempat lain tak tahu la pulak) ni murah dari pasar malam! yop pernah bertanya kenapa harga ayam murah? mereka kata mereka hanya ambil untung dalam 10 sen ke 20 sen sahaja. janji pelanggan masuk kedai dan mencari barangan lain. cina pun mengaku kalah dgn peniaga aceh ni.

tapi kemana orang melayu MALAYSIA? KALAU MEREKA BERNIAGA ADA TAK SESIAPA YG AKAN MEMBANTU UNTUK MEREKA BERTAHAN?

TEKUN telah membekukan RAKAN NIAGA MEREKA,adakah bank akan memberi pinjaman mikro kalau umur syarikat di bawah 1 tahun?(baru nak berniaga) atau pinjaman peribadi kalau tanpa dokumen yg mencukupi?(slip gaji dan sebagainya)

Kemana Melayu kita nak mengadu?



abe MIE 'TERJAH' Selasa, 29 Disember 2009 pada 9:47:00 PG SGT


orang Acheh tak sama dengan orang Jawa atau minang.


mereka anggap diri ber'keturunan' raja walaupun mengemis di Malaysia.


pkrpasdap.blogspot.com


Mishal Abdul Jumaat, 7 Mac 2014 pada 10:18:00 PG SGT


ketiga-tiga tu pun sy xsuka.. xsama tp semua serupa.. menyemak jer kt Malaysia.. Adat Adab ZERO!!!



Unknown Selasa, 29 Disember 2009 pada 10:03:00 PG SGT


Abglong, kena hubungi Jabatan Imigresen di Putrajaya, maklumat kemudian akan disalurkan kepada Imigresen di Sabah.



Azrul Hisham Selasa, 29 Disember 2009 pada 10:22:00 PG SGT


Salam...


Isu PATI yang yang tiada kesudahan ni lama-kelamaan boleh memberi ancaman kepada keselamatan negara...


Rakyat pun dah puas menunggu penguatkuasaan dan tindakan dari pihak kerajaan dalam menangani masalah PATI ni...


shidee Selasa, 29 Disember 2009 pada 12:08:00 PTG SGT


....isu PATI lagi..sudah bosan dgn isu ni entah bila tindakkan akan diambil....Menteri Pertahanan nampaknya sekali aje turun padang itu pun bila baru dpt jawatan ni...sekarang ni tak dengar cerita...diam aje..jangan sampai nanti rakyat tempatan merempat ditempat sendiri...


...pernah tanya polis yg ketika itu sedang makan disebuah restoran..."kenapa tidak pernah buat spot check atau checking atau tangkap bangsa asing yg sedang berkumpul dan melepak dipadang tu"...meraka menjawab "ini diluar bidang kuasa mereka yg berhak membuat adalah Jabatan Imigresen slia lapur terus kat HQ kat Putrajaya.."....oh begitu rupanya...


....patutlah mereka ini tidak takut dan tidak kisah langsung kalau melihat polis kita....tu yg jadi besar kepala tu...



Mishal Abdul Jumaat, 7 Mac 2014 pada 10:24:00 PG SGT


yup mereka tdk gentar sebaliknyer org kita pula yg cuak bila nampak kelibat polis.. mn tdk nyer keje polis n JPJ buat road block nk cari salah n nk buat saman, yg dpt hasil dr saman tu 90% org sendiri..



rommel Selasa, 29 Disember 2009 pada 12:28:00 PTG SGT


Saya rasa masalah PATI ni perlu mendapat tekanan dari rakyat malaysia. Media Masa perlu berkerjasama dengan memaparkan kisah2 PATI ni hari-hari dan tekanan sebegini akan membuka mata pihak berkuasa untuk membanteras PATI ni. Tapi satu je..benda2 ni mcm hangat2 taik ayam je..PATI semakin ramai. Kemungkinan nanti dgn ramai mcmni, derang boleh berkuasa. Kekang dari awal. Jgn dah jadi parah baru nak bertindak...



dina Selasa, 29 Disember 2009 pada 12:43:00 PTG SGT


bagaimana nak banteras PATI kalau orang kita sendiri buat endah tidak endah saja pasal hal ini?


Bangkitlah bangsa Malaysia!!!!



Unknown Selasa, 29 Disember 2009 pada 12:56:00 PTG SGT


Salam Mazidul..

alasan yg diberi pegawai polis "lock Up penuh" saya rasa tidak boleh diguna pakai..bnyak lagi cara lain untuk tahan reman diorg ni..mgkin boleh disediakan tmpat selain daripada lock up..



Mishal Abdul Jumaat, 7 Mac 2014 pada 10:27:00 PG SGT


sy bantah bw masuk lockup 3 4 hari makan tidor FREE.. waima sehari pun dlm lockup sy xkn setuju...



azieazah Selasa, 29 Disember 2009 pada 1:36:00 PTG SGT


ACEH memang ada koloni dah kat sini..


Di tempat saya, pasar mini mereka cukup popular kerana kerajinan dan ketekunan mereka yg sanggup buka kedai se awal 7 pagi... (sedangkan kedai lain beroperasi 9 pagi ke atas).


Yang tak tahan mahal.. wpun mereka sangat manis mulut dan peramah... huh!



sairazura Selasa, 29 Disember 2009 pada 3:09:00 PTG SGT


salam bro..nak lari tajuk sket..pagi nih saya dpt emel dr sorang kwn, budak2 kat sekolah st.agustine, betong ajuk orang ISLAM solat dlam gereja..ini dah melampau!!tolong bro..dedahkan isu nih!!melampau sangat dah org2 kafir nih!



Unknown Selasa, 29 Disember 2009 pada 3:30:00 PTG SGT


salam...

perkaka sebegini memang segenap tempat dimalaysia dipenuhi dgn PATI ini.dan ianya menjadi kebimbangan untuk kita bergerak kerana mereka berada secara berkumpulan.dan dalam kes berniaga ni kenapa orang kita sanggup meemberi mereka berniaga keatas primis yang didaftarkan atas nama warga negara adakah kerana orang kita terlalu baik hati....jangan sampai kita lupa akan bangsa kita sendiri....

Seharusnya pihak berwajib tegas dalam megambil tindakan bukan hanya duduk dipejabat dan tggu 25hb untuk dapatkan gaji sahaja...bertindaklah sebelum aduan dibuat bukan menunggu aduan ataupun pihak tv megeluarkan cerita baru terhegeh² mahu bertindah sekadar menutup kelemahan jabatan tertentu...



Mishal Abdul Jumaat, 7 Mac 2014 pada 10:30:00 PG SGT


Org kita ni nk untung atas angin jer zlan.. sewakan premis kpd mereka ni duit sentiasa masyukk..



Unknown Selasa, 29 Disember 2009 pada 4:51:00 PTG SGT


Assalamualaikum Abg Mazidul..,


memang betul warga Aceh kekadang melampau..,saya yang tinggal di kuala terengganu ni pun kekadang terserempak ngan gelagat Diaorang ni kat sekitar kuala terengganu ni..,kalau yang berada di pendalaman sikit ada yang suka tunjuk kurang ajar kat orang tempatan..,maklumlah..,bila diorang dah ramai.., memang betul la cakap abang tu...,! diaorang ni memang tak sedar diri agak nya..,dah la tuhan bagi musibah kat diaorang..,tak bersyukur pulak apa yang orang lain beri..,sedar-sedar lah wahai warga Aceh(indon)..,



Azizah Aling Selasa, 29 Disember 2009 pada 5:14:00 PTG SGT


Jiwa merdeka sirna ditelan pesta

Matilah rasa hilanglah peka

betapapun gegak gempitanya

pekikan Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Tetapi semerta terbelalak mata

bila setan korupsi menggoda,

“Mau duit ka? Mau duit ka? Mau duit ka?”

Akan terjualkah negara tercinta?


Gejala pesona yang kian menggila

menginjak taqwa menganjak jiwa

merdeka dengan Ketuhanan Yang Maha Esa

menjadi hamba kewangan yang “maha berkuasa”.


Pada Hari Merdeka yang ceria

kusimpan tangis di balik tawa

kupendam cemas di tengah pesta

Hak bangsaku semakin tinggal sisa

Akan terjualkah merdeka kita?



skodeng Selasa, 29 Disember 2009 pada 5:20:00 PTG SGT


dah jemu isu PATI. seolah2 kerajaan kita tak buat kerja.



NJ Selasa, 29 Disember 2009 pada 5:54:00 PTG SGT


salam mazidul..

saya turut nak komen sikit kat sini


Dikawasan kedai saya ni (Taman kota masai,Pasir Gudang,Johor) ada kedai runcit acheh..mmg kroni2 pekerja2 semua org2 acheh..buka kedai sampai 24 jam lagi tu..dan ada kawasan taman sekitar ada juga cawangan pulak tu..nama besar KANA...ada KANA Jaya <--- ni yg besar..ada KANA Haikal..KANA Haikal dan lain2 lg...pakai MPV mewah plak tu dah (ye la kalau gaji ciput2 mcm kebanyakan org malaysia ni mampu ker nak beli MPV tu..saya pun x mampu walau bisnes sendiri..perghhh TOYOTA ESTIMA..x kisah kalau nak berniaga tapi amik peduli la soal permit kerja..tuk pekerja2 dia tu..ada campur yg dtg dari narathiwat,Thai..permit x de jugak..ada serbuan Imegresen ke dorang lari..ada jugak yg dah dpt info awal..camane nak banteras mcm tu..makin ramai umat ACHEH kat kawasan pasir gudang ni..


Apa pun pendapat peribadi saya..x berape suker org asing lebih kuat dan rajin berniaga walau mula dgn jual jamu tepi warung...lama2 dorang ada outlet ada kedai..org kita yg x mo amik peluang pun ye..sorry..bukan semua la pun..


Harap kerajaan akan ada akta juga peka dengan masalah seluruh malaysia ni dgn pendatang ACHEH selepas org INDON yg mmg berleluasa bekerja tanpa PERMIT ni...nak tgok meh la dtg pasir gudang mazidul..KAK N ada disini..


wallahua'lam



Murni Alfathunnisa Selasa, 29 Disember 2009 pada 8:13:00 PTG SGT


Salam bro Maz,


sakan jugak org2 acheh kat Malaysia ni yer..nak tunjuk gengster lagi tu. ni la mcm pepatah tu, ibarat kaduk naik junjung. Masa ditimpa bencana, kerajaan nak tunjuk prihatin, bagi bantuan, bagi perlindungan.

Tak tau pulak sy kes org2 acheh ni ada 'special treatment' pulak. hurm, lastly niat suci dibalas tuba. Rakyat jugak yang makan hati...



Pn. Liza Mahmood Selasa, 29 Disember 2009 pada 10:01:00 PTG SGT


Sokong En. Mazidul, sokong Yopsapu & sokong semua ulasan bernas drp rakan bloggers.


Saya akui semangat perjuangan di dalam perniagaan org Melayu/Islam semakin terhakis dgn pelbagai faktor :-

(1) Tak ramai org Melayu yg menyokong perniagaan sesama Melayu/Islam - Saya ahli *** (*** adalah MLMs - Multi level Marketing syariah)yg memasarkan produk halalan toyyiba - Sehingga kini masih menjemput rakan terdekat, ahli keluarga & jiran jd ahli - bukan suruh jual/bkn suruh cari ahli, hanya utk kegunaan harian di rumah sendiri ttp bkn semuanya berminat padahal majoriti barangannya adalah sama seperti apa yg di beli di kedai Acheh/Pasaraya BESAR.


Sampai bila kita nak ke kedai org Acheh ataupun ke Pasaraya BESAR memenuhkan troli, mengempiskan saku kita demi makanan2 syubahah (bkn. semua produk) lantas mengkayakan mereka?


Ayam organik yg sahih sumber pemakanan, kebersihan & sembelihannya msh tidak cukup menambat hati mereka berbanding ayam siap berbungkus di Pasaraya BESAR yg jelas siapa 'Taukehnya' (byk kali masuk berita 'ayam cucuk') ataupun ayam murah di kedai Acheh yg entah dari mana rebannya. 'Tepuk dada, tanya selera'.


(2) Bagi yg memerlukan modal tambahan utk memajukan perniagaan/pusingan modal pula memang perit dgn kekangan pinjaman & pelbagai kerenah birokrasi pihak Bank/Tekun - salah satu sebabnya kerana yg dah dapat pinjaman liat nak bayar. Bersamalah kita mengubah mentaliti agar dapat mengorak langkah maju ke hadapan - bersamalah kita menyokong perniagaan sesama kita dgn fikiran yg positif - 'Sepakat membawa berkat'


Esok saya akan buat aduan dgn menelefon Bilik Gerakan Jab. Imigresen, Putrajaya - saya akan maklumkan Sec. ** merupakan syurga PATI pelbagai negara & kedai Acheh mana yg WAJIB disiasat di situ, InsyaAllah.



yah Selasa, 29 Disember 2009 pada 10:56:00 PTG SGT


Salam bro maz, saya dulu masa tsunami kesihan sangat dekat derang ni, tapi bila tahu perangai derang ni kuang ajar, mulalah menyampah.


Derang ni kalau lebih-lebih kita sergah balik, baru derang kecut perut sikit, jangan bagi can sangat kat indon2 ni.



Raziff Lokman...Rabu, 30 Disember 2009 pada 12:05:00 PG SGT


...satu soalan...mereka semua ni ada dlm senarai pengundi pilihanraya??



Zoul Rabu, 30 Disember 2009 pada 12:59:00 PG SGT


Salam..


Saya setuju dgn post dan komen di atas yang ditujukan buat warga Acheh dan mungkin juga buat sebahagian pendatang yang lain.. itu yang negatifnya. Ada seperkara lagi yang patut juga kita perhatikan ialah, bagaimana warga Acheh ini boleh berniaga dan bertahan di kawasan yang pada awalnya dimonopoli oleh bangsa lain seperti Cina dan India.


Jika kita sedar, tidak kira



Sumber : klik di sini

mazidulakmal.blogspot.com aceh-diberi-betis-hendak-paha





Ulasan

POPULAR

Suarakan Lebih Kuat Lagi Israel Is Teroris

Tak Ada Pilihan Terpaksa Berani Sama Lembu

Terapkan Qanun Ada Imum Malah Membantah

Aceh Tetap Miskin Walau Anggaran Melimpah

Data Identitas Kita Berserak di Mana - mana

Sumur Bor Dan Berak Dalam Plastik